Tuesday, December 7, 2010

 

Maizawati Nafi Rumah Tangga Bergelora, Luahan Hati Di Facebook Cuma Karya Seni

Monday, December 6th, 2010
maiza dan suami
Baru-baru ini kecoh satu dunia apabila Maizawati menulis luahan hati yang agak menusuk jiwa di Facebook Maizawati Zainal. Tulisan tersebut seolah-olah menunjukkan yang ada orang ketiga di dalam rumah tangganya dan suami. Tetapi semalam segalanya telah diterangkan oleh Maiza di dalam Harian Metro. Kata Maiza:-
Jangan salah faham. Apa yang saya tulis hanya berkaitan kisah silam saya dan sekadar suka-suka menulis bagi melihat kemampuan saya dalam bidang penulisan. Tak sangka pula ada pihak mencetuskan kontroversi dengan menimbulkan tanda tanya sama ada hubungan saya dengan suami bergelora mungkin kerana ada orang ketiga.
maiza dan suami
Sebenarnya Maizawati tak ada nak luah apa-apa. Semua hasil tulisan di dalam Facebooknya cuma latihan untuk dirinya menulis novel. Kami nampak memang Maiza agak berbakat dalam buat karangan. Mana taknya, satu tulisan di wall Facebook sudah boleh cetus kontroversi sampai tahap ini.
maiza dan suami
Nak kata ada orang ketiga, memanglah ada dan orang ketiga itu bayi dalam kandungan sayalah. Apa yang saya tulis di dalam Facebook pun dijadikan isu. Saya rasa saya nak tulis apa, saya tulislah. Lagipun, saya bercadang menulis novel, justeru, apa yang saya tulis di laman Facebook sekadar mahu mengasah bakat dalam bidang penulisan
Inilah bahananya apabila menjadi seorang selebriti. Apa yang ditulis di Facebook pun boleh jadi kontroversi. Tapi sepatutnya Maiza pun kenalah berhati-hati sedikit. At least letaklah info cakap status ini hanya latihan untuk saya mengarang novel. Barulah tak ada kontroversi yang bakal tercipta.
maiza dan suami
Kalau anda nak baca tulisan Maizawati di Facebook yang ditulisnya, sila baca artikel ini sepenuhnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...